Monday

Kaedah Menterjemah


عملية الترجمة عملية مستمرة لا نهاية لها " " perkataan ni selalu diulang oleh ust dalam kelas terjemahan. Menterjemah bukan satu hal yang susah dan bukan pula satu hal yang mudah. Perlu masa untuk memperbaiki terjemahan, karena tidak ada terjemahan yang sempurna, akan sentiasa ada lubang-lubang kekurangan yang perlu diperbaiki.

subjek ini lebih menekankan praktikal berbanding teori. Karena ia melibatkan seni dan kemahiran individu dalam mengolah ayat terjemahan yang disusaikan dengan gaya bahasa yang mudah difahami oleh para pembaca. Perasaan menangis, ketawa, sedih, gembira yang dirasakan oleh pembaca teks asal mestilah dipindahkan ke pembaca teks terjemahan barulah terjemahan mempunyai nilai-nilai tersendiri sebagai naskah terjemahan.

Meskipun terjemahan lebih kepada aspek praktikal, aspek teori pun tidak boleh dilupakan, sedikit sebanyak mesti tahu, berperanannya sebagai "guide" dalam terjemahan untuk memastikan terjemahan kita ikut cara dan kaedah yang betul menurut kode etik terjemahan. Berikut berapa uslub-uslub terjemahan yang telah saya pelajari di dalam kelas terjemahan sem ni. Saya terjemahkan dari buku, dr. majdi haji Ibrahim yg bertajuk "الترجمة بين العربية والملايوية النظاريات والمبادى" Semoga bermanfaat.


Uslub-uslub yang digunakan dalam terjemahan
1. Pinjaman ( الإقتراض )
Menterjemahkan perkataan dari bahasa asal ke bahasa sasar sesuai dengan sebutan perkataan tersebut dalam bahasa asal.
Contoh: AIDS إيدز
Tsunami تسوننامي

Para ahli bahasa berbeza pendapat dalam penggunaan Kaedah penterjemahan ini,
Ada yang menyokong, ada yang menentang, dan ada pula yang ambil jalan pertengahan, menyokong tapi dengan beberapa syarat. Setiap pendapat dikuatkan dengan hujjah masing- masing.

Bagi yang menyokong mereka berpendapat:

.- الإقتراض - merupakan satu fenomena biasa yang mesti berlaku dan tidak dapat di hindari dalam semua bahasa, Hal ini berlaku disebabkan setiap bahasa tidak ada yang sempurna yang mencangkupi dan mengungkapkan semua makna dalam setiap bahasa sasar. Oleh yang demikian kita perlu meminjam perkataan bahasa sasar untuk menggambarkan perkataan yang di maksud.

Bagi yang tidak setuju mereka berpendapat:

Kalau hal ini dibenarkan Si penterjemah akan menterjemahkan teks asal yang susah dengan meminjam perkataan bahasa sasar sahaja, tanpa merujuk ke pelbagai kamus induk untuk mencari makna yang sesuai bagi setiap perkataan.Hal ini menunjukkan kelemahan dan kemalasan si penterjemah.

Lain pulak bagi golongan yang ketiga, mereka melatakkan beberapa syarat dalam penterjemahan:

Di bolehkan menggunakan kaedah penterjemahan di atas dengan syarat :
- Dalam istilah- istilah baru. Misalnya istilah sains dan kedokteran.

Meskipun terjemahan secara pinjaman ( الإقتراض ) fenomena alam yang tidak dapat dihindar, Tapi setiap bahasa berbeza dalam penerimaan kaedah ini berbeza antara satu dengan yang lain. Ada bahasa yang sangat ketat dalam penerimaan bahasa pinjaman. Misalnya bahasa arab, mereka lebih suka membuat istilah-istilah yang sesuai dalam kaedah bahasa sendiri untuk setiap perkataan baru, contohnya : Radio( مذياع ), AIDS ( مرض نقص المناعة المكتسبة ) , komputer, ( حاسوب ).

Ada juga bahasa yang suka dan banyak menerima bahasa pinjaman. Misalnya, bahasa melayu. Bahasa ini memang sangat mudah dalam menerima bahasa pinjaman ( bahasa arab ), terutamanya dalam perkara-perkara yang berkaitan masalah agama. Contohnya : jasad, badan, jisim, ulama, 'alim, ilmiah dan lain-lain.

Bersambung….

2 comments:

ZAr said...

go mail go!

barboza said...

heee,,,lg semangat ni,.=)